Jumat, 23 Juli 2010

Nama dan Watak Tembang

Nama Tembang Watak Tembang
Kinanti Senang, kasih, dan cinta. Tujuannya untuk menghuraikan ajaran falsafah, cerita yang bersuasana asmara dan keadaan mabuk cinta.
Pucung Kendur, tanpa perasaan yang memuncak. Tujuannya untuk cerita yang tidak bersungguhan.
Asmaradana Memikat hati, sedih kerana asmara. Tujuannya untuk menceritakan kisah asmara.
Mijil Melahirkan perasaan. Tujuannya untuk memberikan nasihat tetapi boleh juga digubah untuk orang yang mabuk asmara.
Maskumambang Patah hati, sedih dan merana. Tujuannya untuk melahirkan perasaan sedih, hati yang merana dan menangis.
Pangkur Perasaan hati yang memuncak. Tujuannya untuk cerita yang mengandungi maksud kesungguhan, memberi nasihat yang bersungguh-sungguh dan jika mabuk asmara akan sampai ke puncaknya.
Sinom Ramah tamah, meresap sedap. Tujuannya untuk menyampaikan amanat dan nasihat.
Dhandhanggula Halus dan lemas. Umumnya untuk melahirkan sesuatu ajaran, berkasih-kasihan juga untuk menutup sesuatu karangan.
Durma Keras, bengis dan marah. Tujuannya untuk melukiskan perasaan marah atau cerita perang, saling menentang dan sebagainya.
Gambuh Karib dan perasaan kekeluargaan. Tujuannya untuk melahirkan nasihat dengan bersungguh-sungguh.
Megatruh Sedih, asmara bercampur perasaan putus asa. Biasanya digunakan untuk perasaan kecewa, patah hati dan hati merana.
Balabak Sembrono. Tujuannya untuk suatu cerita yang melukiskan keadaan seenaknya.
Wirangrong Hati-hati dan berwibawa. Tujuannya untuk melahirkan perasaan terharu kerana terpikat dengan suatu hal yang mulia dan luhur.
Jurudemung Mewah dan genit. Biasanya untuk cerita yang berisi hiasan-hiasan dan sanjungan.
Girisa Penuh harapan. Tujuannya untuk melahirkan nasihat dengan harapan ia akan dilaksanakan oleh si pendengar atau si pembaca.

Contoh tembang dalam bentuk kinanti
Anoman mlumpat sampun (8u)
prapteng witing nagasari (8i)
mulat managandap katingal (8a)
wanodya ju kuru aking (8i)
gelung rusak awor kisma (8a)
ingkang iga-iga keksi(8i)
Terjemahannya:
Anoman telah melompat
sampai di atas pohon nagasari
melihat ke bawah terlihat
wanita cantik nan kurus kering
sanggul rosak bercampur tanah
tulang iganya kelihatan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar